Biografi Jens Fink-Jensen

Dilahirkan di Copenhagen, Denmark, Jens Fink-Jensen termuncul sebagai seorang pengarang fiksyen buat pertama kali pada 4 Julai 1975 ketika cerpennya, Juni 1995, diterbitkan oleh surat khabar "Information", dan sebagai seorang penyair pada bulan Mei 1976 ketika empat buah puisinya diterbitkan dalam majalah Hvedekorn No. 76/1.

Buku pertamanya, sebuah koleksi puisi berjudul Verden i et øje (Dunia di sebiji mata), diterbitkan pada bulan Oktober 1981, dan prosa pertamanya, sebuah koleksi cerpen dengan judul Bæsterne (Binatang-binatang), diterbitkan pada 5 Jun 1986. Pada 18 Mac 1994, beliau menerbitkan buku kanak-kanak berjudul Jonas og konkylien (Jonas dengan Cangkerang Konc).

Jens Fink-Jensen menyertai peperiksaan keluar sekolah dalam bahasa-bahasa moden di sekolah berasrama Herlufsholm pada tahun 1976, dan kemudian, menyertai perkhidmatan negara serta berlatih sebagai Pegawai Tak Bertauliah dalam Anggota Penyelamat Diraja. Beliau memperoleh ijazah arkitek (MAA, cand.arch.) daripada Pusat Pengajian Seni Bina di Akademi Seni Halus Denmark Diraja, Copenhagen pada tahun 1986, dan ijazah pereka multimedia daripada akademi yang sama pada tahun 1997.

Sebagai salah satu ahli daripada lingkungan penyair 1980-an yang asal dalam kumpulan Poul Borum, penyunting majalah Hvedekorn, Jens Fink-Jensen, bersama-sama dengan teman sekerjanya, Michael Strunge, antara lain, mengurus penjelmaan generasi, "NÅ!!80" di Copenhagen pada tahun 1980.

Jens Fink-Jensen membuat persembahan multimedia di pelbagai tempat, termasuk perayaan muzik dan kesusasteraan, sekolah tinggi, dan perpustakaan. Persembahannya yang menggabungkan pembacaan puisi dengan persembahan slaid diiringi oleh muzik yang dimainkan oleh Fredrik Mellqvist, pemain pensintesis muzik, serta Jens Severin, pemain saksofon.